Wednesday, 11 January 2017



Bahan-Bahan:
6 keping keju *
1/2 cawan susu cair *
1 cawan gula kasar
1 cawan marjerin
2 cawan tepung kek – Jenama NONA
2 sudu besar koko
3 biji telur
sedikit esen vanila

Cara Membuat:
1. Panaskan bahan bertanda (*) sampai cheese cair dan kacau supaya tak bergentel.
2. Masukkan gula dan kacau sampai gula hancur biarkan sejuk.
3. Pukul telur, majerin dan esen vanila lalu masukkan dalam chesse tadi dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit dan kacau secara kaup balik.
5. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian dimasukkan serbuk koko dan satu bahagian lagi warna asal.
6. Masukkan dalam loyang yang telah disapu majerin dan alaskan kertas secara selang seli dan lorekkan dengan lidi.
7. Kukus hingga masak. Sejukkan sebelum dihidangkan.

No comments:

Post a Comment