BAHAN-BAHAN :
Pasta (Spaghetti atau Spirals)
9 ke 12 ulas bawang putih (dicincang halus…saya cincang guna Slap Chop. Senang sangat!)
2 tangkai Cili Api (dipotong kecil-kecil)
Udang / Ayam / Daging (ikut kesukaan kalian atau apa yang ada dalam peti ais)
Minyak Zaitun a.k.a Olive Oil
“Homemade Chicken Stock” (*optional)
Parmesan Cheese (*optional)
Garam
Kuali Ajaib / Sauce Pan
CARA MEMASAK :
1. Panaskan air dalam periuk hingga menggelegak dan masukkan spaghetti. Tambahkan 1 – 2 sudu kecil garam ke dalam periuk. Apabila sudah masak, toskan. Tempoh memasak adalah mengikut arahan yang tertera pada “packaging” pasta ye…
2. Panaskan kuali pada suhu sederhana
3. Tuangkan minyak zaitun (EVOO) secukupnya. Banyak tak apa. Sebab EVOO is good for our health…
4. Bila, minyak sudah panas secukupnya, masukkan bawang putih yang sudah dicincang. Kacau sehingga bawang putih nampak kekuningan.
5. Masukkan Cili Api dan gaulkan.
6. At this stage, saya selalu masukkan air sedikit atau “homemade chicken stock” dalam 2 – 3 sudu besar.
7. Masukkan Udang / Ayam / Daging dan kacau sampai masak secukupnya.
8. Bila udang / ayam / daging sudah cukup masak, perlahankan api dan bolehlah dimasukkan pula pasta yang sudah direbus tadi dan gaul semuanya dengan sempurna. Kalau nampak macam kering, boleh tambah sikit minyak EVOO tadi ye.
9. Tutup api dan taburkan Parmesan Cheese ke atas Aglio Olio tadi…
10. SIAP dan boleh MAKANNN! Yummsss!
No comments:
Post a Comment